Tuesday, June 6, 2017

Final Semester





Hello again.

There are too many things got to my head. 😔
Too many things to think about.


Entahlah, aku pun macam x faham dengan diri aku.
But what I know, I am in my own created world.
I love being in my own world. With no one's bothering me.


Aku akan bergaul sekejap dengan member2 aku.
Then lepas tu buat kerja sendiri.
Why? Because I love being alone.
Sorang-sorang.
Tanpa gangguan.
And I hate if there are to many people around me.
Sebab kalau dah ramai orang kat sekeliling aku,
Aku akan start rasa serabut.
Lepas tu paranoid sendiri. AHAHAHHAHAHA



Hello,
Sebelum ni aku tak macam ni ok.
Sebab aku mcm ni?
Entah. Mungkin aku tahu, mungkin tidak.
Tahu atau tidak, biarlah.
Time can't be turned back.
So let it pass.



K, tak sabar nak balik raya.
Nak lupakan semuanya.
And keep silence forever.


Can I say good bye now?

Friday, April 7, 2017

PERFECTO

Assalamualaikum.

Sekian lama tidak jenguk blog ni. Sudah lupa macam mana nak edit blog. Well my last entry was in the year 2013 dan sekarang ni tahun 2017?? wow.. I got almost 4 years to make a new entry hahaha

Saja nK bagitahu, tahun ni tahun last aku di UPSI. 4 tahun kat UPSI. Tahun ni in sha Allah bergraduasi lah kami ni hehehehe. Doakan. (tesis masih terkapai hahaha)

Sepanjang keberadaan aku di UPSI, banyak suka dan duka, pengalaman, dan macam2 yang sangat2 tidak boleh diungkapkan oleh kata2.. apakah itu??? hahahaha. 4 tahun macam sekejap ja berlalu. macam langsung tidak sedar kan. Padaha masa dulu, punyalah ingat mau habis cepat2 jak hahaha. Sekarang ni rasa macam sedih la pulak :p

And, sepanjang aku di UPSI ni, marilah aku perkenalkan kawan2 aku yang masing2 perangai macam apa2 haaaa, dengan perangai macam wartawanlah, joyah lah, entah macam2 lagi hahahaha..

Ni la makcik-makciknya. Dari kiri: Ekin, Dewy, Peeja (aku), Yaya, kak Husna, Mia
(gambar ni masa nak makan nasi ayam penyet lepas kelas sejarah. semester 8)

Mari aku perkenalkan satu persatu 😀

Ni kak Husna *tua setahun hahaha. Nama sebenar Nurul Husna. Asal Kuala Kubu Baru, Selangor. Comel tak? hahahaha. Opps, jelita hahha

Ni Mia. Nama sebenar Nurafiqah Damia. Asal Kuala Selangor. Umur sama dengan aku. Lawa tak? Hahahaha


Ni Ekin. Nama sebenar Suaidah Assikin, asal Tanjong Karang. Umur pun baya aku. Comel tak? hahahah

Yang ni pula Dewy, Nama sebenar Zarinah. Haaa menyimpang betul nama panggilan dia kan hahaha. ni member sejak zaman STPM dulu dan merangkap roommate kat asrama. Asal dia dari Kota Kinabalu, Sabah.. Lawa kan hahahaha

Ni pula adik bongsu, nama dia Yaya. Nama sebenar Farah Nabila, asal  Jerantut, Pahang. Dia muda setahun dari aku. Tp perangai kadang2 jauh lagi tua dari aku ahhahah

Diorang ni la geng masa susah senang suka duka aku.. Kami masing2 sangat memerlukan antara satu sama lain. Sweet tak? hahahahaha. Kalau dah berkumpul sama, semua benda nak diceritakan. Dan sebenarnya, ada je yg jealous dengan keakraban kami. hehehe. Allah dah takdirkan aku untuk bertemu dengan diorang ni. Ada hikmahnya sebab mengenali mereka, kita tahu erti persahabatan yang sebenar.. sobsob😿

Tak lama lagi kami akan berpisah. Tu yang tergerak nak buat entri ni. Perasaan? of course la sedih. Semua akan berjauhan. Tapi, apa yang penting, pastikan semua akan grad on time ok! Aku sentiasa doakan awak2 semua agar dimurahkan rezeki oleh Allah dan diberkati olehNya. Hanya Allah sahaja yang akan balas segala kebaikan yang korang semua pernah curahkan kat aku, Terus terang wei, aku syukur sangat sebab Allah temukan aku dengan korang semua. Aku sayang korang sangat2 hehehe. 

Apa2 pun, aku nak tengok siapa antara kita berenam yang akan kahwin dulu hahaha. Macam dah boleh sense siapa akan kahwin dulu hehehehe. Tapi yang penting bukan aku hahahah sebab? Aku nak hidup bujang dulu, nak kerja, nak travel, dan nak sambung MASTER!!! *sebenarnya calon pun xda 😙😙*Ekin, kita dah janji kan nak sambung Master dan gi travel sama2? hahhahahaha. Plan nak ke Korea ni dari tahun 2014 lagi dirancang, sekarang dah tahun 2017, apa cer?? hahhahaha

Emmmm tu je kot yang aku nak tulis hahahaha. Ok bye!

💗No matter what it is, our friendship will ALWAYS FOREVER💗

Thursday, December 26, 2013

study week!!

assalamualaikum..
study week!!!! thats mean next week aku exam....tp aku tak belajar lg..huhuhu
nie aku nak cite skit bukan pasal exam..tp my vacation to KL je...huhu
sebab i want to see my family! dorang turun KL...nie la semangat  nak turun KL, kalau tak jgn harap la..
tp yg penting sgt aku nak jumpa my dear anak buah...rindu sangat tersangat sangat la!
so here my chronology perjalanan nak jumpa dorang kat kl sentral..

isnin:
pagi tu aku nak tasmik hafazan n bacaan kat ustaz...so dgn semangatnya (padahal hafal x habis pon) jam11 pagi aku dah tercongok kat kafe tggu bas..pastu terserempak la dgn auni, cik yam and the rest..dorang pun sama tujuan dgn aku..hehehe...cerita skit2 dgn dorang, bas pun datang...time tu aku tgh tggu dewy, tp dia lmbt..so aku naik bas dulu lah... tgh dalam bas tu (ada ura2 nak tayar golek) dewy called aku...dia ckp USTAZ TAK ADA!!! wa~~~~ rasa nak nangis..ustaz ada, tp dia bizi nak buat soalan....sob sob sob...aku nak gi KL awal kalau xda tasmik...tgk!! aku terpaksa gi lmbt...ish3...tp lepas tu ingt nak turun, tp tayar bas dah golek..pasrah! gi je la kmpus lama...pastu balik kolej balik..hahahaha

sampai kat kampus lama, aku pun gi la kedai depan tu..niat nak beli beg besaq punya sebb cuti sem around the corner (cuti ingt, tp exam x study2 lg)..nak pack barang la...lepas tu aku pun tggu la bas, tgh tggu bas tu aku call la prebet perempuan pnya, mintak hntar gi stesen KTM..deal punya deal aku minta la hntr jm 12.30..smpai kolej jm 12..kelam kabut jemur baju, kemas barang2 skit (nasib baik mlm sblmnya aku dah kemas baju)..lepas tu jm 12.30 aku pun gerak ke KTM..(xda la jam 12.30 tepat2..12.36 kot..hhaha)...sampai kat ktm aku bayar la tambang..kat iklan dia ckp RM8..pastu aku tnya la jg..kkk tu ckp RM9..eh, kat iklan lain...xpe la aku bayar je..then aku bg RM10, tp dia x bawak purse..its ok setakat RM1 aku ikhlas derma..hahha..tp dia berkeras nak bg baki, siap tnya bilik aku no berapa, nak pulangkan baki...."xpe kak, seringgit je pun...anggap je sy derma" wah wah wah...murah hati aku, sebab malas nak lmbat2..dalam kepala hotak ingat nak jumpa my family je....huhuhu..

lepas beli terserempak la pulak dgn classmate, aina...dia dtg KL dgn adiknya..huhuhu..ish3 pnjang pulak cerita nie..dipendekkan cerita, maka tibalah aku kat KL  sentral dalam jam3 ptg...dorang kakak aku pun tgh OTW dr msjid jamek..when i saw them, aku lari then peluk my anak buah...huhuhu..lepas geram and rindu dendam...mcm lain jer..hahaha..pastu kami makan kat mcD since aku dan dorang blm makan lg..huhu...lepastu kami pun gerak ke hotel tmpat dorang menginap...cerita hari isnin smpai kat sini.. <3

selasa:
esoknya kami gi jalan2 kat KLCC...huhuhu..gi KLCC nie baru 2x..xsuka gi sangat sebab tempat tu mahal..air minum pun mahal..huhu..gi jalan2 je..
my family, yg baju stripes depan sekali 2 adeeb^^ happy go lucky je

kat belakang tu my dear sisters..ada sorang lg kakak tp kat sabah, stay dgn suaminya la since cuti sekolah nie (kerja dia cikgu)..then suaminya kerja kat pejabat lg mmg xda cuti la..yg baju merah tu pun cikgu..yg baju biru tu pulak stay kat rumah je jaga anak2 sedara nie..huhu..rasanya fmily aku nie cikgu2 belako,, bapa dulu guru besar, kakak 2 orang cikgu, abang ipar (suami kepada baju merah) pun cikgu...aku??? ambik pendidikan kat UPSI...hahaha..bakal2 guru la jg nie..InsyaAllah...

habis jalan2 kat KLCC..kami pun balik ke hotel sbb niat kakak nak gi jalan2 kat msjid india..beli baju la, skirt la...dan aku pun kat KLCC tu dah pening coz ramai sgt manusia kat situ....sesak nafas den! petang tu aku temankan kakak jalan2 pas tu beli mknn for dinner...

rabu:
hari nie pulak aku ada temijanji dgn kawan2...huhuhu..janji nak jumpa dgn kawan lama..baie!!! tp gmbar xda la..hari tu ada ambik gmbr pakai hp dia je...dia x bg lg kat fb..jnji nak jumpa dia kat Times Square..tp sblm tu jumpa dewy, nenet n munira (3 orang nie kwn seUpsi)  kat KL Sentral dulu....munira pun tgh tggu kawan dia...rupanya kwn dia tu adik kepada senior aku kat sekolah menengah dulu...hahaha..kak wan nama dia...lepas tu kami pun gi Times Square..smpai kat sana,, ramainya orang~~~x suka ramai2 nie...sebab byk sale!!! baju2 semuanya murah2...tp aku niat x nak shopping, just nak jalan2 je...tp dewy dan nenet mcm mcm mcm xtau nak ckp apa sebab tgk baju2 murah...kaki shoppingla katakan...boleh dikatakan sepanjang kat situ semua kedai dorang singgah....nasib baik aku bukan mcm 2..kalau tak pening la bakal imam aku..ehem~~~(ayat poyo je)

masuk wktu zohor aku dan baie gi solat..pening cari surau..dan tandas pun under construction...ish3..kencing punya pasal aku sanggup berbaris pnjg..(masuk tndas pun berbaris, x suka sgt) habis solat yg lain nak gi msjid india, aku malas nak join sebab hotel aku menginap kan dekat msjid india...so i decided to suruh them pegi je dulu, aku dgn Baie nak jalan2 lg cari BIG APPLE!!! tp the prob was kat Times Square xda big apple.. tak tau la mmg xda atau kami x jumpa..tp kami dah cek peta kat tiang..mmg xada...sob sob sob..aku nak makan big apple~~~~"jom gi midvalley" Baie ajak aku gi Midvalley..huhuhu...aku yg mmg nak gi midvalley (aku ada ajak kakak, tp dia malas) teruslah setuju...huhuhu...smpai kat midvalley kami pun cari kedai Big Apple..huhu..tercapai jugak hasratku lepas menahan nafsu makan time gi KLCC (nak beli bigapple time 2 tp x jd) thanks to Baie!! love you fren.....

time tgh sedap2 makan donut kat mcD (xda tmpt duduk, tumpang la kat mcD) dtg la sorang mkcik chinese nie...dia ckp baterry fon dia flat..so dia minta tolong kol anak dia, ckp mum dia tggu kat mcD..aku pun baik hati la tolong, tp pkai hp Baie (hahaha, sbb baie bg fon dia) aku nak tolong jugak, tp tulah manusia skrg nie susah nak pecaya.....aku msg je anak dia, msg dalam english la since mkcik 2 speak london dgn kami..huhuhu

lepas tu kakak aku suruh la pulak cari roti gardenia perisa vanila n jagung..ole2 balik sabah..kat sabah roti tu x ada..yg ada bread panjang tu je...aku kat sini dah muak makan benda tu,,huhuhu..xpa, insyaAllah cuti sem nnti aku bawak balik benda tu...pendek cerita, aku n baie cari roti tu kat supermarket tp xada..ish3..so aku x beli la since my sister ckp dia suda beli......-_- time nak beli tiket train, aku nak balik hotel, baie nak balik ukm kami terserempak dgn syamimi pozi, my fren time sekolah dulu...dia study kat uitm puncak alam...fuh!! lama x jumpa dorang berdua nie, terasa aku kerdil sgt (sbb aku pendek, dorang tggi) nak ckp dgn dorang pun kena dongak kepala..sakit leher tau! hahaha..syamimi dtg midvalley dgn bf dia..huhuhu..xpe la, org ada bf, ko ada??? hahaha..single2 dulu, kapel2 kemudian..hahaha.....lepas tu kami pun naik la train masing2 since destinasi pun berbeza dan x sehala...aku gi KL Sentral ngn syamimi sbb dia nak gi shah alam..aku balik msjid india la dgn membawa Big Apple 6 pieces..huhuhu

khamis:
hari khmis pulak hari last..flight dorang kakak aku jm 12.45, tp dorang gi airport jm 8 pagi naik teksi..then tinggal la aku sorang2 kat hotel..checkout sblm jm 12 la...lepas je tolong dorang angkat barang gi bawah, kakak aku ckp jam dia tertinggal..aku rush la naik (xdala rush sgt kalau setakat pakai lift) ke tgkt 6...yang sengalnya, pintu bilik x boleh bukak!! aku scan kad banyak kali xdpt jugak...geram smpai aku tendang pintu (aku x peduli walaupun cctv jelas merakam aksi aku) hahaha..lepas tu kakak aku ckp x pyh la ambik, teksi pun dah smpai..pastu aku rush lg turun..pastu aku salam2 la dorang. peluk cium anak buah aku...sob sob sob, sedih jugak ditinggalkan...xpa, 15 jan 2014 nie tarikh aku pulang sabah.....sabar ye~~habis tu aku gi kaunter gitau masalah kad sengal tu...habis dorang scan aku pun naiklah atas, nak siapkan diri checkout n balik tanjong malim....sblm tu layan cerita indon dulu..huhuhu..tajuk dia HAFIZAH....x suka sbnrnya tajuk drama nie sbb sama dgn nama aku....geli beb aku dgr nama aku kena sebut2, x kisah la tajuk drama ke, lagu ke, lirik lagu ke....noob!

satu hal lg yg sengalnya...time aku checkout, penjaga kaunter tu ckp aku kena byr RM100!!! mak aih, aku ada  RM200 je kot....pedih2...terus aku kol my kakak..my kakak nak ckp sendiri dgn penjaga kaunter 2...(tak tau nak pggl apa, since dia kat kaunter aku pggl la penjaga kaunter)..lepas dia ckp dgn my sister, dia ckp pulak dgn pengurus dia..dorang speak in Tamil..faham2 la, nama pun kat masjid india...hahaha..aku pun hairan sbb sblm tu abg ipar aku ckp ada baki lagi RM25..lepas tndatgn dan blah blah blah, aku pun balik dgn baki RM20..huhu..x kisah la, 25 ke 20 yg pnting aku x bayar..bengang semacam je muka perempuan yg aku hmpir nak gaduh tu...dia salah kira la tu sbb sblm ni dorang kakak aku ada menyewa bilik lain..aku pun berjalan ke stesen msjid jamek dgn girangnya...

aku dah jnji nak jumpa ainatul, nadhirah n linda (dorang nie kawan sekolah jugak selain baie n syamimi:: kami semua 1 sekolah la mksudnya) kat KL Sentral sbb dorang nak gi Melaka, jumpa emira (juga 1 sekolah dulu), uitm melaka punya student...dorang nie budak2 uitm..ainatul, linda uitm sabah, nadhirah uitm perak (dekat dgn aku..huhu)...time jumpa dorang, fhm2 la perempuan kalau dah jumpa lompat2, jerit2..hahaha..nadhirah nie dah 3 tahun x jumpa...sama la jg dgn baie n syamimi...lepas cerita2, ambik gambr kami pun pergila platform masing2...aku nak balik Tanjong Malim...hahaha...

maka dengan rasminya aku pun sampai la kat Tanjong Malim sekitar jam 1.30 ptg.....ish3...malasnya~~dalam train aku tido je..huhuhu..aku bngun awal sgt sebab my sis kan nak balik...smpai je stesen ktm aku ambik teksi dan pulang kolej..smpai kolej aku pun tido....huhuhu..maka sampai sini sahaja cerita aku....panjang lg sebenarnya, tp aku cut sbb malas nak taip byk2..huhuhu..karangan A+++++ nie la contohnya...hahaha...

by the way, nie la entri aku yang paling panjang rasanya.....cerita 4 hari punya kot...ahaha..tau x pe..kbye!

ohya..nie gmbar baie::
baie n me (senyum smpai langit kau Baie)

ops! terlupa pulakkk....kat Times Square aku ada beli perfume...huhu..murah je...tp wangi  :) :) bak kata kakak aku, bukan original..xpe, tggu aku kaya raya, berbotol botol aku beli yg 24 jam pakai pun masih wangi..hahaha


botol purple ya, bukan lutsinar kat belakang tu


Thursday, November 28, 2013

punca perut buncit





contoh perut buncit



perut buncit amat ditakuti terutamanya oleh kaum perempuan. sebab2 berlakunya perut buncit ini adalah:

1) Makan lewat malam
    pada waktu malam, kita biasanya kurang melakukan aktiviti yang mengurangkan kalori. jd, pada waktu tu     lah jugak perut kita berehat..makan pada lewat malam akan membuatkan perut mudah buncit.

2) Tidur selepas makan
    tidur selepas makan akan menyebabkan makanan tidak dapat dicerna dengan baik kerana waktu tidur,         tubuh badan tidak akan melakukan sebarang aktiviti. kesannya, perut akan buncit.

3) Minuman/makanan bergas
   selain minuman, makanan juga menyumbang gas di dalam badan seperti ubi, kacang buncis, lobak, durian,    nangka. pengambilan makanan bergas ini perlulah dalam kuantiti yang perlu sahaja.

4) Duduk terlalu lama
    posisi duduk yang condong ke depan akan mengakibatkan perut menekan ke depan..duduk terlalu lama       akan menyebabkan kita kerap menukarkan posisi, tidak kira posisi itu betul atau salah..so, pastikan kita         sentiasa bangun dan melakukan regangan..

5) Alkohol
    kandungan gula dan kalori dalam alkohol hampir menyamai makanan berlemak. alkohol akan menyebab       perut menjadi keras untuk meneutralkan makanan yang diambil sehingga gula yang sepatutnya dicerna           akan menjadi tepu dan berkumpul dalam perut.

6) Makanan ringan
    makanan ringan mengandungi lemak dan kalori yang tinggi. lemak akan menebal dalam perut hingga               mengakibatkan perut buncit.

7) Stress
    psikologi mampu mengganggu aktiviti semulajadi tubuh badan termasuklah sistem penghadaman. maka           stress akan menyebabkan rasa kenyang dan menimbulkan masalah kepada keupayaan tubuh badan untuk     menyimpan lemak. untuk mengatasinya, cuba tarik nafas perlahan secara mendalam.

Sunday, October 6, 2013

my cutie..

                                                 Muhammad adeeb fareeq

hahaha...this is my beloved anak buah...so cute...gambar nie diambil sekitar bulan 6 tahun 2013...
hahaha, aku jaga dia lepas stpm smpai la aq masuk uni...i miss him so much...

sekarang dia dah pandai jalan...pandai bercakap..tp phm2 la bahasa budak2 lagi susah mau fhm..
eemm, namanya yang suda tertera di atas tuh...hehe


yang ni pulak gambar dia masa kecik sikit..hahaha..zaman gigi belum tumbuh...hahaha...
comel tgk dia nangis mcm tu...jahatnya aku, time2 nangis pun aku ambik gambar...my collection time aku berjauhan dgn dorang...kalau aku rindu ada juga gambar yang pelbagai ragam boleh mengubat rindu aku..hehehe...mmg masa aku banyak la dgn budak sorang nie...
suap kan bubur, mandikan, buatkan susu, tidurkan...hahaha..mcm housewife full time!


haaa..yang ni pulak gambar aku yang terakhir diambil dgn anak2 buah...time ni kat airport..time mau pegi perak la...hehe..dari kiri gambar : adeeb, aku, fayyadh dan yang berbaju oren 2 khalish...khalish ni anak abang aku..baru sorang...fayyadh dan adeeb ni adik beradik...anak kakak aku..huhu...
fayyadh nie pulak budak yang aku jaga lepas spm...mmg babysitter perkasa dan berjaya betul aku nie...hahaha...skrg dia sudah 4 tahun,,,dan sudah bersekolah...sekolah pasti!!


yang ni pulak nisa...nama sebenar nur khairunnisa azzahra..hehe, anak abang aku...bakal dpt adik tahun depan...hehe..kesian, balik2 dia ckp mau adik...dia sunyi sebab xda adik...mesti jeles tgk kazen2 lain dpt adik...insyaAllah tahun depan ada la suda 2...hehe..yang ni pulak sama umur sama fayyadh...kira muda 2 bulan la dari fayyadh...dia nie jenis 'bibiran' kata orang brunei...atau 'talkative' kata orang putih...tak faham jugak?? banyak cakap laaaa...hahaha..biasa la perempuan mmg banyak ckp...hehehe


yang ni pulak anak buah jugak....yang baju oren tu fayyadh..yang baju biru chinese look tu hafiz..atau nama sebenarnya muhammad dinie hafiz...berumur 3 tahun..anak kepada abang aku...ops,lupa pulak bagitau nama sebenar fayyadh..muhammad dzal aidi fayyadh...hehehe...hafiz nie pulak jenis yg super hyperactive! dia sgt suka kalau balik kampung..my kampung la...sebab geng dia ramai berkumpul di sini..terutama fayyadh...mmg riuh betul klau dorang sekeluarga pulang kota belud...ya lah, kat kampung dorang bebas berlari berkejaran..main pasir di depan rumah..dan mcm2 aktiviti...oh ya, salah satunya jugak naik turun tangga...hahaha..my rumah 2 tingkat..sebabnya mcm lepas geram la, bcoz kat rumah dorang, budak2 nie kena kurung jak di rumah...kat kawasan perumahan nie bahaya kalau bg lepas budak2 main2 di luar tanpa pemgawasan...jadi, balik kampung ni dikatakn FREEDOM la bg dorang..hahaha


yang ni pulak airish..nama sebenar airish airin batrisya...adik kepada si hafiz the hyperactive tu..hehehe..ni perempuan pulak ganas sikit..hahaha..mcm boy..then bibiran juga...perempuan la katakan..hehehe..umurnya pulak dalam setahun lebih...lahir tahun 2012...paling dia tidak suka kalau rambut dia kena ikat...mmg akan dia bukak la...hahaha...oh ya...dia ni ada adik lagi..perempuan..namanya dhia azzalea_______?? ada 3 nama, tp lupa...hahaha...ni pulak baru 2 bulan lebih kot or 3 bula suda...x sure...haha,,sori xda gmbar dia..next time la aku bg tunjuk...

hahaha...my life is full of joys...dengan kehadiran anak2 buah nie, xda la hidup aku sunyi...tahun depan pulak tambah 2 orang lagi baby..insyaAllah...

to anak2 buah, harap kamu semua membesar dengan baik, dengan ilmu agama yang dapat mendidik jiwa kita...semoga ketika kamu dewasa nanti, kamu semua akan menjadi anak2 yang soleh, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi orang yang berguna serta berjaya di dunia & akhirat..amin..

salam sayang yang infiniti dari babu adik...
sayang semua...

life must go on


assalamualaikum....
bebelan aku hari ni berkisar tentang hidup aku la...takkan la pasal orang lain kan..hehe
aku selalu search qoutes yg smart2..yang bermotivasi la sikit...mcm yg kat atas tuh...
konon2nya untuk memotivasikan diri ini supaya cepat sedar diri tentang kekurangan diri yang yang tidak pandai disedari...hahaha..
i live here alone...without my parents, family...only just a friend...a good friend plays a good role..and i dont know either they  are playing a good role or not...bagi aku kawan2 aku biasa jak..tidak membawa kepada kebaikan dan tidak membawa kepada keburukan...buat masa sekarang nie lah...but its still ok, as long as aku x buat benda yang x elok, ok laaaa...
jadi aku akan selalu memotivasikan diri aku sebaik mungkin...tp bab2 malas nie mmg x boleh motivasi lgsung..hahaha...aku sangat pemalas...ruginya siapa yang kahwin dengan aku...huhu...
apa yang penting sekarang..aku kena KEEP ON MOVING FORWARD..NOT BACKWARD...sebab aku bermula dgn KEGAGALAN...then mesti berakhir dgn KEJAYAAN..i must do it!!
ya la...stpm aku kan hampir fail..nasib baik dpt jugak rezeki masuk uni...so, i want to stop playing, just focus and struggle in my study....(kesedaran baru datang)..masa stpm dulu aku bnyk main...padan muka!!

                                   "if you can't fly, then run
                                             if you cant run then walk
                                      if you cant walk then crawl
                      but whatever you do you have to kkep moving forward"

i love Allah, i love Rasulullah, i love my parents, i love my my family, i love myself and i love my imam to-be...insyaAllah...

salam ukhuwah yang infiniti dari saya...
assalamualaikum....

syahid...

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.