Muhammad adeeb fareeq
hahaha...this is my beloved anak buah...so cute...gambar nie diambil sekitar bulan 6 tahun 2013...
hahaha, aku jaga dia lepas stpm smpai la aq masuk uni...i miss him so much...
sekarang dia dah pandai jalan...pandai bercakap..tp phm2 la bahasa budak2 lagi susah mau fhm..
eemm, namanya yang suda tertera di atas tuh...hehe
yang ni pulak gambar dia masa kecik sikit..hahaha..zaman gigi belum tumbuh...hahaha...
comel tgk dia nangis mcm tu...jahatnya aku, time2 nangis pun aku ambik gambar...my collection time aku berjauhan dgn dorang...kalau aku rindu ada juga gambar yang pelbagai ragam boleh mengubat rindu aku..hehehe...mmg masa aku banyak la dgn budak sorang nie...
suap kan bubur, mandikan, buatkan susu, tidurkan...hahaha..mcm housewife full time!
haaa..yang ni pulak gambar aku yang terakhir diambil dgn anak2 buah...time ni kat airport..time mau pegi perak la...hehe..dari kiri gambar : adeeb, aku, fayyadh dan yang berbaju oren 2 khalish...khalish ni anak abang aku..baru sorang...fayyadh dan adeeb ni adik beradik...anak kakak aku..huhu...
fayyadh nie pulak budak yang aku jaga lepas spm...mmg babysitter perkasa dan berjaya betul aku nie...hahaha...skrg dia sudah 4 tahun,,,dan sudah bersekolah...sekolah pasti!!
yang ni pulak nisa...nama sebenar nur khairunnisa azzahra..hehe, anak abang aku...bakal dpt adik tahun depan...hehe..kesian, balik2 dia ckp mau adik...dia sunyi sebab xda adik...mesti jeles tgk kazen2 lain dpt adik...insyaAllah tahun depan ada la suda 2...hehe..yang ni pulak sama umur sama fayyadh...kira muda 2 bulan la dari fayyadh...dia nie jenis 'bibiran' kata orang brunei...atau 'talkative' kata orang putih...tak faham jugak?? banyak cakap laaaa...hahaha..biasa la perempuan mmg banyak ckp...hehehe
yang ni pulak anak buah jugak....yang baju oren tu fayyadh..yang baju biru chinese look tu hafiz..atau nama sebenarnya muhammad dinie hafiz...berumur 3 tahun..anak kepada abang aku...ops,lupa pulak bagitau nama sebenar fayyadh..muhammad dzal aidi fayyadh...hehehe...hafiz nie pulak jenis yg super hyperactive! dia sgt suka kalau balik kampung..my kampung la...sebab geng dia ramai berkumpul di sini..terutama fayyadh...mmg riuh betul klau dorang sekeluarga pulang kota belud...ya lah, kat kampung dorang bebas berlari berkejaran..main pasir di depan rumah..dan mcm2 aktiviti...oh ya, salah satunya jugak naik turun tangga...hahaha..my rumah 2 tingkat..sebabnya mcm lepas geram la, bcoz kat rumah dorang, budak2 nie kena kurung jak di rumah...kat kawasan perumahan nie bahaya kalau bg lepas budak2 main2 di luar tanpa pemgawasan...jadi, balik kampung ni dikatakn FREEDOM la bg dorang..hahaha
yang ni pulak airish..nama sebenar airish airin batrisya...adik kepada si hafiz the hyperactive tu..hehehe..ni perempuan pulak ganas sikit..hahaha..mcm boy..then bibiran juga...perempuan la katakan..hehehe..umurnya pulak dalam setahun lebih...lahir tahun 2012...paling dia tidak suka kalau rambut dia kena ikat...mmg akan dia bukak la...hahaha...oh ya...dia ni ada adik lagi..perempuan..namanya dhia azzalea_______?? ada 3 nama, tp lupa...hahaha...ni pulak baru 2 bulan lebih kot or 3 bula suda...x sure...haha,,sori xda gmbar dia..next time la aku bg tunjuk...
hahaha...my life is full of joys...dengan kehadiran anak2 buah nie, xda la hidup aku sunyi...tahun depan pulak tambah 2 orang lagi baby..insyaAllah...
to anak2 buah, harap kamu semua membesar dengan baik, dengan ilmu agama yang dapat mendidik jiwa kita...semoga ketika kamu dewasa nanti, kamu semua akan menjadi anak2 yang soleh, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi orang yang berguna serta berjaya di dunia & akhirat..amin..
salam sayang yang infiniti dari babu adik...
sayang semua...
Sunday, October 6, 2013
life must go on
assalamualaikum....
bebelan aku hari ni berkisar tentang hidup aku la...takkan la pasal orang lain kan..hehe
aku selalu search qoutes yg smart2..yang bermotivasi la sikit...mcm yg kat atas tuh...
konon2nya untuk memotivasikan diri ini supaya cepat sedar diri tentang kekurangan diri yang yang tidak pandai disedari...hahaha..
i live here alone...without my parents, family...only just a friend...a good friend plays a good role..and i dont know either they are playing a good role or not...bagi aku kawan2 aku biasa jak..tidak membawa kepada kebaikan dan tidak membawa kepada keburukan...buat masa sekarang nie lah...but its still ok, as long as aku x buat benda yang x elok, ok laaaa...
jadi aku akan selalu memotivasikan diri aku sebaik mungkin...tp bab2 malas nie mmg x boleh motivasi lgsung..hahaha...aku sangat pemalas...ruginya siapa yang kahwin dengan aku...huhu...
apa yang penting sekarang..aku kena KEEP ON MOVING FORWARD..NOT BACKWARD...sebab aku bermula dgn KEGAGALAN...then mesti berakhir dgn KEJAYAAN..i must do it!!
ya la...stpm aku kan hampir fail..nasib baik dpt jugak rezeki masuk uni...so, i want to stop playing, just focus and struggle in my study....(kesedaran baru datang)..masa stpm dulu aku bnyk main...padan muka!!
"if you can't fly, then run
if you cant run then walk
if you cant walk then crawl
but whatever you do you have to kkep moving forward"
i love Allah, i love Rasulullah, i love my parents, i love my my family, i love myself and i love my imam to-be...insyaAllah...
salam ukhuwah yang infiniti dari saya...
assalamualaikum....
syahid...
Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.
Subscribe to:
Comments (Atom)







