Sunday, October 6, 2013

my cutie..

                                                 Muhammad adeeb fareeq

hahaha...this is my beloved anak buah...so cute...gambar nie diambil sekitar bulan 6 tahun 2013...
hahaha, aku jaga dia lepas stpm smpai la aq masuk uni...i miss him so much...

sekarang dia dah pandai jalan...pandai bercakap..tp phm2 la bahasa budak2 lagi susah mau fhm..
eemm, namanya yang suda tertera di atas tuh...hehe


yang ni pulak gambar dia masa kecik sikit..hahaha..zaman gigi belum tumbuh...hahaha...
comel tgk dia nangis mcm tu...jahatnya aku, time2 nangis pun aku ambik gambar...my collection time aku berjauhan dgn dorang...kalau aku rindu ada juga gambar yang pelbagai ragam boleh mengubat rindu aku..hehehe...mmg masa aku banyak la dgn budak sorang nie...
suap kan bubur, mandikan, buatkan susu, tidurkan...hahaha..mcm housewife full time!


haaa..yang ni pulak gambar aku yang terakhir diambil dgn anak2 buah...time ni kat airport..time mau pegi perak la...hehe..dari kiri gambar : adeeb, aku, fayyadh dan yang berbaju oren 2 khalish...khalish ni anak abang aku..baru sorang...fayyadh dan adeeb ni adik beradik...anak kakak aku..huhu...
fayyadh nie pulak budak yang aku jaga lepas spm...mmg babysitter perkasa dan berjaya betul aku nie...hahaha...skrg dia sudah 4 tahun,,,dan sudah bersekolah...sekolah pasti!!


yang ni pulak nisa...nama sebenar nur khairunnisa azzahra..hehe, anak abang aku...bakal dpt adik tahun depan...hehe..kesian, balik2 dia ckp mau adik...dia sunyi sebab xda adik...mesti jeles tgk kazen2 lain dpt adik...insyaAllah tahun depan ada la suda 2...hehe..yang ni pulak sama umur sama fayyadh...kira muda 2 bulan la dari fayyadh...dia nie jenis 'bibiran' kata orang brunei...atau 'talkative' kata orang putih...tak faham jugak?? banyak cakap laaaa...hahaha..biasa la perempuan mmg banyak ckp...hehehe


yang ni pulak anak buah jugak....yang baju oren tu fayyadh..yang baju biru chinese look tu hafiz..atau nama sebenarnya muhammad dinie hafiz...berumur 3 tahun..anak kepada abang aku...ops,lupa pulak bagitau nama sebenar fayyadh..muhammad dzal aidi fayyadh...hehehe...hafiz nie pulak jenis yg super hyperactive! dia sgt suka kalau balik kampung..my kampung la...sebab geng dia ramai berkumpul di sini..terutama fayyadh...mmg riuh betul klau dorang sekeluarga pulang kota belud...ya lah, kat kampung dorang bebas berlari berkejaran..main pasir di depan rumah..dan mcm2 aktiviti...oh ya, salah satunya jugak naik turun tangga...hahaha..my rumah 2 tingkat..sebabnya mcm lepas geram la, bcoz kat rumah dorang, budak2 nie kena kurung jak di rumah...kat kawasan perumahan nie bahaya kalau bg lepas budak2 main2 di luar tanpa pemgawasan...jadi, balik kampung ni dikatakn FREEDOM la bg dorang..hahaha


yang ni pulak airish..nama sebenar airish airin batrisya...adik kepada si hafiz the hyperactive tu..hehehe..ni perempuan pulak ganas sikit..hahaha..mcm boy..then bibiran juga...perempuan la katakan..hehehe..umurnya pulak dalam setahun lebih...lahir tahun 2012...paling dia tidak suka kalau rambut dia kena ikat...mmg akan dia bukak la...hahaha...oh ya...dia ni ada adik lagi..perempuan..namanya dhia azzalea_______?? ada 3 nama, tp lupa...hahaha...ni pulak baru 2 bulan lebih kot or 3 bula suda...x sure...haha,,sori xda gmbar dia..next time la aku bg tunjuk...

hahaha...my life is full of joys...dengan kehadiran anak2 buah nie, xda la hidup aku sunyi...tahun depan pulak tambah 2 orang lagi baby..insyaAllah...

to anak2 buah, harap kamu semua membesar dengan baik, dengan ilmu agama yang dapat mendidik jiwa kita...semoga ketika kamu dewasa nanti, kamu semua akan menjadi anak2 yang soleh, berbakti kepada ibu bapa dan menjadi orang yang berguna serta berjaya di dunia & akhirat..amin..

salam sayang yang infiniti dari babu adik...
sayang semua...

life must go on


assalamualaikum....
bebelan aku hari ni berkisar tentang hidup aku la...takkan la pasal orang lain kan..hehe
aku selalu search qoutes yg smart2..yang bermotivasi la sikit...mcm yg kat atas tuh...
konon2nya untuk memotivasikan diri ini supaya cepat sedar diri tentang kekurangan diri yang yang tidak pandai disedari...hahaha..
i live here alone...without my parents, family...only just a friend...a good friend plays a good role..and i dont know either they  are playing a good role or not...bagi aku kawan2 aku biasa jak..tidak membawa kepada kebaikan dan tidak membawa kepada keburukan...buat masa sekarang nie lah...but its still ok, as long as aku x buat benda yang x elok, ok laaaa...
jadi aku akan selalu memotivasikan diri aku sebaik mungkin...tp bab2 malas nie mmg x boleh motivasi lgsung..hahaha...aku sangat pemalas...ruginya siapa yang kahwin dengan aku...huhu...
apa yang penting sekarang..aku kena KEEP ON MOVING FORWARD..NOT BACKWARD...sebab aku bermula dgn KEGAGALAN...then mesti berakhir dgn KEJAYAAN..i must do it!!
ya la...stpm aku kan hampir fail..nasib baik dpt jugak rezeki masuk uni...so, i want to stop playing, just focus and struggle in my study....(kesedaran baru datang)..masa stpm dulu aku bnyk main...padan muka!!

                                   "if you can't fly, then run
                                             if you cant run then walk
                                      if you cant walk then crawl
                      but whatever you do you have to kkep moving forward"

i love Allah, i love Rasulullah, i love my parents, i love my my family, i love myself and i love my imam to-be...insyaAllah...

salam ukhuwah yang infiniti dari saya...
assalamualaikum....

syahid...

Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah saw, “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti”. Pada masa itu, Nabi Muhammad saw dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini”, balas Rasulullah saw. “Tetapi saya sungguh berhajat untuk menyertainya”, Hanzalah bertegas. Rasulullah saw berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.
Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu, perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkan dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.
“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”
“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”
“Perang akan bermula!”
Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas bangun dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka”. “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah”.
Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya, semoga saya beroleh kemenangan”. Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan”.
Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.
Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat kewibawaan tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut. Akhirnya Abu Sufyan tersungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.
Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak”. Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.

Friday, September 20, 2013

Pertesma 2012



nie video time majlis graduasi f5 and f6...
video f6 punya la....
walaupun x sehebat f5 punya...kamipunya nie tetap mendapat pujian guru2...
sebab kami menunjukkan setiap aktiviti yg kami telah sertai...
dan yg paling penting, kami punya video xda unsur fitnah...bak kata ustaz nik..

kepada kawan2 yg terlibat sama dalam menjayakan video yg x seberapa ini,
GOOD JOB!!
usaha last minit ini mendapat pujian juga...SYUKRAN!!

Sunday, September 15, 2013

aku??

alhamdulillah....
akhirnya selamat tiba laptop ku...ops! laptop kakak aku...aku just pinjam jerrr...hahaha
well, assignment sudah menyinggah...mau tggu laptop baru lama lagi...pakai je la apa yang ada..
so, lepas nie x payah la aku pinjam room-mate aku punya...hehehe...orait!!

my life in campus so far so good...tapi cuma malas ke kelas jak la...hahaha
bakal cikgu mana boleh malas....hehehe...last week, hari jumaat punya kelas punya la bosan tahap gaban!!
sudah la aku ngantuk..menguap tak habis2 mulut dahla ternganga sebesar alam...masib baik lect x tegur....
one more thing, aku x suka dengan class-mate aku...entahla, mungkin sebab masih baru nie, susah skit masuk dgn orang yang baru kenal...apa lagi ramai dari semenanjung...aku nie mana la friend dgn orang semenanjung nie...kecuali ada member baru...ekin, damia and sofea...mereka ni je la kawan2 baru aku termasuk si dewy la...hahaha...aku rasa menyampah dengan class-mate yang lain...kalau ada perjumpaan mesti aku buat muka menyampah, muka berkerut, muka serius....mcm2 jenis air muka aku buat...well, aku kan fotogenic...hahaha...aku just susah masuk dgn dorang nie....betul2!!!otteokke??

dan aku punya course kan pendidikan Islam...tp aku nie bukan la jenis2 yang bertudung labuh...major la dalam kelas 2 pakai tudung labuh...ramai nie ustazah...mula2 2 rasa rendah diri juga sebab tudung pun kecik dan terang semacam...tp benda nie ikut tuan empunya badan...pakai tudung labuh adalah pilihan manusia...mau pakai atau tidak...tepuk dada tanya selera...bukannya aku x pakai tudung langsung...dan sekarang aku dah rasa benda tu benda biasa...lagipun aku dan geng2 aku maintain je pakai tudung kecik 2...kitaorang pakai tudung apa...jangan bukak tudung kat luar sudahla...benda luar biasa tu....

pasal study, kami akan menghafal beberapa juzuk...pastu tasmik bacaan al-Quran...study arab..dan macam2 lagilah...aku pun dah x ingat...hari selasa ni pulak kami akan interview kelab fasilitator...hahaha...bukan apa, mau je ni masuk mana2 kelab...tp the prob is kami kna interview...i really dont like it...hari 2 masa isi borang aku tgk mmg ramai la apply...harap2 aku dapat masuk la...student kena aktifkan diri....aku pun mau aktif juga...2 perkara penting dalam universiti...WOW!! x sangka aku dah jadi mahasiswi...fuyoooo...dalam uni mmg byk persatuan...nnti aku apply..hahaha..kalau aku msuk banyak kelab, cnfirm mmg sibuk memanjang...mana nak study, assignment yang berlambak...aktiviti fakulti lagi...aktiviti kelab lagi...aktiviti kolej....fuh!! mmg x cukup tidur la...terus dalam kelas pun asyik berzikir...hahahaha

hujung2 minggu nie mmg rumah aku sunyi sepi je...house-mate yg lain balik rumah...rumah dorang kan dekat je...aku dan room-mate aku  pulak jauh...aku sabah, dia sarawak...tp room-mate aku nie akan pindah rumah...dia ikut KOR SISPA..em..pertahanan awam...(malas mau terangkan detail)...kalau ikut nie mmg boleh terus stay kolej smpai sem 6...kalau student yg x masuk nie kena ambik 6 jam kredit dalam kokum...dan yg x bestnya kalau terpaksa out dari kolej sebab x aktif dalam aktiviti kolej..aku malas masuk, bukannya aku rajin turun latihan,,apalagi kena suruh kawad...ada juga pikir mau masuk SUKSIS...polis...tp cancel..sebab malas la...hahaha..jadi aku kena ambik 6 jam kredit 2...caranya kena masuk la mana2 unit beruniform..mcm kat sekolah dulu...lebih kurang macam tu la...

ok la....dah banyak aku bebelkan...nanti la aku sambung lagi kalau ada benda best aku mau share...haha..
see ya!

Sunday, September 8, 2013

my new life

assalamualaikum...
hari ni dah genap seminggu aku di bumi upsi...
dlm smggu ni mmg busy tahap gaban la...well, orientasi la katakan...
this is my first time berjauhan dgn family setelah 8 bulan bersama sama...sedih~~~
hari 2 masa kat airport, my sister menangis...aku?? tahan2 jak la...
i really miss my family, especially my beloved anak2 buah...dorang selalu tanya,
'mana babu adik?? kenapa lama betul dia sekolah??'
hahahaha...bertambah tambah sedih aku..but, tugasan aku di sini bukanlah mudah...
jd budak universiti ni bukan mcm budak sekolah menengah...aku mesti aktif..mesti cemerlang dlm pelajaran...sebab itu sahaja yg mjd tiket utk aku laku di pasaran...skrg kan education sudah tidak dijanjikan utk lantikan terus ke KPM...so, pemilihan utk jd guru2 akan dipilah berdasarkan yg benar2 bagus sahaja...
and, i must be the one among them!!
today is my first class...jam 4 smpai jam 6 ptg nnti...
tp plan mau dtg awal2..sebab mau survei kampus lg...well, kampus 2 besar takut ada la yg tersalah kelas nnti...hahaha..2 la hari 2 senior bawa tgk2 mls mau pegi pulak...bukan apa, ngantuk bha masa 2...hahaha
one more thing..aku stay di kolej harun aminurrashid...KHAR singkatannya...blok 7..my room-mate org sarawak...ok la...
masa hari 2, 1st day mendaftar my laptop terjatuh...hancussss!!! skrin ranap...masih boleh on, tp skrin byk garisan...ujian ujian....
xpa la...tggu jak la laptop baru...tp lmbt lg...kewangan pun bknnya ok...byk2kan bersabar...my sis bilang hjung thun nie...tp aku dah msg dia...sbb apa2 pengumuman dp upsi drg akan terus send pegi email student...
2 la masalahnya..mmg dorang x akan buat melalui kertas la...2 dulu2 punya cara...mau pinjam roommate punya segan la plak...sbb dah balik2 pinjam..ni pun pinjam wanie punya...tp skejap jak sbb wanie pun byk assignment...so keputusannya...insyaAllah hjung bulan nie myn sis belikan...tp bincang2 dlu la d sana...
THANK YOU SIS...jasamu dikenang...